Thursday, December 1, 2016

Ya Allah, Dah Nak Mati Ke Aku Ni? - Wan Maimunah Kongsi Kisah Kesakitannya

Pelakon veteran, Wan Maimunah yang dilaporkan terpaksa ditahan di hospital beberapa hari lalu kini berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan akibat bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-parunya.


Wan Maimunah yang lebih mesra dengan panggilan ‘ibu’ meluahkan rasa gembira dan terharu apabila beliau tidak menyangka ada pihak yang masih mengingatinya dan sudi meluangkan masa untuk melawatnya.
“Terima kasih tidak terhingga ibu ucapkan kepada semua. Ibu juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan dan saudara mara kerana tidak memaklumkan kepada mereka tentang keadaan kesihatan ibu. Ada juga yang marah bukan ibu tidak mahu beritahu tetapi ibu merasakan sakit ibu tidak begitu teruk.”


Ibu juga sempat berkongsi cerita bagaimana beliau merasa kesakitan ini sehinggakan beliau terpaksa ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. 
“Ketika itu, ibu hendak menarik nafas pun tidak boleh. Rasa sempit. Semakin  ibu panik, semakin itulah ibu rasa sempit. Hinggakan ibu rasa dah nak mati ke aku ni Ya Allah. Sekarang Alhamdulillah, ibu syukur keadaan kesihatan semakin stabil.”

Semoga Wan Maimunah kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Ya Allah, Dah Nak Mati Ke Aku Ni? - Wan Maimunah Kongsi Kisah Kesakitannya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.