Wednesday, December 7, 2016

Viral Empat Pencuri Barangan Kosmetik Sorok Dalam Pakaian Dalam Telah Ditahan Pihak Polis!

BATU PAHAT: Empat wanita termasuk dua remaja yang mencuri barangan kosmetik dan menyembunyikan dalam pakaian dalam telah direman pihak polis bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata empat wanita ditahan kira-kira jam 8 malam semalam, di kawasan berasingan di sini.

"Suspek mempunyai talian persaudaraan dan dua daripada mereka berusia 17 tahun manakala dua lagi berusia 22 dan 24.
"Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini dan polis mendapat perintah menahan reman empat hari bagi siasatan lanjut," katanya.
ARTIKEL MENARIK: 3 Tahun Menetap Di Korea, Wanita Ini 'List' Perbezaan Ketara Antara Kisah Romantik Korea VS Realiti Sebenar Di luar

Perbuatan empat wanita mencuri barang dalam butik terbabit dengan menyembunyikannya dalam pakaian dalam, dikesan selepas pemilik butik meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Video lapan minit itu menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik rakaman itu pada Ahad lalu, meminta orang ramai membantu mengesan empat wanita berkenaan.


Viral Empat Pencuri Barangan Kosmetik Sorok Dalam Pakaian Dalam Telah Ditahan Pihak Polis! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.