Thursday, December 8, 2016

Tindakan Fathia Latiff Cuba Malukan Pramugara MAS Bikin Rakan Artis Lain Buka Mulut!

Tindakan pelakon Fathia Latiff yang memuat naik gambar seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya telah menimbulkan reaksi banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang pernah bekerja sebagai kru kabin penerbangan.


Personaliti TV3 yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS, Maria Tunku Sabri, 46, menganggap tindakan aktres tersebut menyalahkan pramugari yang enggan mengangkat begnya ke dalam kompartmen sebagai perkara yang tidak wajar dilakukan.
"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan," katanya.
Tambah Maria lagi, sebagai selebriti yang berpelajaran, aktres tersebut seharusnya lebih peka dan pandai untuk membawa diri ketika berada di dalam penerbangan.


"Mereka hanya memberi keutamaan kepada penumpang yang kurang berkemampuan seperti ibu yang ramai anak, orang tua dan orang yang berkerusi roda sahaja, jika sihat seseorang itu perlu melakukannya sendiri," ujarnya.
Sementara itu, penyanyi yang masih bekerja sebagai pramugara, Zarul Husin, 43, berkata, isu tersebut sering menjadi kekeliruan terhadap tugas-tugas yang dilakukan oleh kru kabin.


Katanya, penumpang seharusnya meletakkan beg berat ke dalam tempat kargo agar memudahkan mereka untuk membawa diri dalam penerbangan.
"Jika beg itu berat mereka sepatutnya check in sahaja dan hanya bawa beg yang ringgan supaya mudah untuk mereka membawa diri.
"Saya sendiri jika diminta angkat beg berat itu akan menolak secara baik dan minta tolong untuk mereka angkat sendiri beg berkenaan," ujarnya.

Terdahulu, Fathia yang memuat naik gambar pramugari itu dengan kapsyen sinis itu telah menjadi viral dan pada masa sama telah menimbulkan kemarahan netizen. Dia juga mendakwa pramugari tersebut meninggikan suara dan membuat muka apabila diminta bantuan.

Apapun, semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada Fathia supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan. 


Tindakan Fathia Latiff Cuba Malukan Pramugara MAS Bikin Rakan Artis Lain Buka Mulut! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.