Wednesday, December 7, 2016

Tindakan Bekas Suami Sebar Fitnah Melampau Bikin Elly Mazlein MENGAMUK!

Semalam baru sahaja penyanyi Elly Mazlein melahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta melawat anak mereka, Putri Sarah Sefhia buat pertama kali. 

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba timbul cerita yang kurang enak didengar apabila ada pihak mendakwa Azmi menabur cerita kurang elok mengenai Elly. 


Cerita yang membuatkan Elly terasa hati apabila dikatakan Elly curang dengan lelaki lain dan pernah kantoi di bilik hotel bersama lelaki hadapan suami sendiri sehingga mereka bercerai. 

Dek tak tahan dengan cerita yang tidak benar itu, Elly telah meluahkan perasaan beliau menerusi laman Instagram miliknya. 

"Baru semalam datang rumah jumpa Sefhia, dah elok dah, lega hati ni tapi rupa-rupanya lega saya hanya utk seketika. Dan sekarang drama lain pulak kluar. Dah tak tau nak buat baik macam mana lagi dengan si Azmi Hatta ni.
"Kite buat baik di baginya kejahatan pulak pada kite. Ni nak tanya tak cukup lagi ke yg kamu buat 20 Surat Akuan bersumpah cubaan untuk memalukan saya, wahai Azmi Hatta? Ni cubaan apakah? Ni lah cara untuk penutup kecurangan sendiri lepas tu sebarkan cerita yang saya ditangkap oleh dia sewaktu saya dengan lelaki lain dalam hotel dan itu punca kami bercerai? 
"Sejenis kurang ajar apakah ini, wahai Azmi Hatta? 2 Bulan saya bernikah terus saya mengandungkan anak pertama. 3 Bulan kemudian,saya keguguran. Selepas 3 Bulan, saya mengandungkan Sefhia dan 3 Bulan selepas itu, kami pun berpisah.

ARTIKEL MENARIK: Kenapa Orang Islam Sangat Kejam Bunuh Haiwan Bila Raya Korban? Soalan 'Maut' Paderi Ini Dijawab Dengan Slumber Pemuda Islam Buat Paderi Lain TERDIAM!
"Gurauan apakah ni wahai Azmi Hatta. Bila kamu ni nak move on? Apa kamu masih tak bahagiakah sampai masih ganggu kehidupan saya? Sengaja nak menyakitkn hati saya? Mohon sangat, boleh tak tolong nikah cepat? Mungkin lepas nikah hidup kamu akan lebih tenteram bersama kekasih tersayang.
"Tolong lah move on. Jangan ganggu saya lagi. Saya bukan sejenis yg suka ugut-ugut nak saman tak habis-habis. Tak ada perasaan malu ke kisah "BUSUK" ni berpanjangan, wahai Azmi hatta?
"Berilah ruang untuk saya bahagia dengan Sefhia dan abah selepas apa yang kami bertiga harung. Mohon jangan ganggu kami, kami bertiga bahagia kini. Bahagia juga dengan orang sekeliling yang hulurkan tangan kepada kami.
"Sudah-sudah la tu Azmi Hatta. orang pun dah meluat kisah drama telenovela yg takde penghujungnya ni. Pergilah kerja cari duit dari sebuk pukul canang sana sini utk menunjukkan diri tu tidak bersalah, wahai Azmi Hatta.
"Sekarang ni sy tak mahu saman kamu tapi saya nak kamu wahai Azmi Hatta, tolong beri penjelasan dan bukti yang kamu menangkap saya dengan lelaki lain di hotel. 
"Mohon jgn buat saya tukar fikiran, wahai Azmi Hatta. Walaupun hebat perbuatan buruk kamu kepada saya, wahai Azmi Hatta, saya akan tetap memaafkan kamu, wahai Azmi Hatta. Saya pilih kasih sayang dan bukan kebencian. Terima Kasih," luahnya. 
Apapun, semoga isu ini diselesaikan dengan secara baik kedua belah pihak bagi menjernihkan keadaan. Moga Elly tabah hadapi dugaan ini. 


Tindakan Bekas Suami Sebar Fitnah Melampau Bikin Elly Mazlein MENGAMUK! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.