Thursday, December 8, 2016

TERKINI! Kira-Kira 100 Orang Terkorban Dalam Gempa Bumi Di Acheh

JAKARTA – Kira-kira 100 orang terkorban dan beratus-ratus yang lain cedera semalam selepas gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh di Indonesia.

Rakaman stesen televisyen tempatan memaparkan banyak kediaman dan bangunan lain ra­nap termasuk sebilangan kedai dan masjid di Pidie Jaya dan Pidie.

Dua daerah itu menjadi kawasan paling teruk terjejas dalam bencana kali ini.


Gegaran kuat juga mengakibatkan jalan raya merekah dengan teruk.


Komander Tentera Aceh, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman berkata, angka kematian mencecah hampir 100 orang tengah hari semalam de­ngan berpuluh-puluh lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.


Beliau berkata demikian dalam wawancara menerusi telefon dengan agensi berita Dpa.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Nugroho pula memberi­tahu, kira-kira 300 orang cedera dengan sekurang-kurangnya 73 orang ce­dera parah selepas gempa itu melanda pada pukul 5.03 pagi ketika kebanyakan penduduk bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

TERKINI! Kira-Kira 100 Orang Terkorban Dalam Gempa Bumi Di Acheh Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.