Tuesday, December 6, 2016

Teguran Pedas Sheila Majid Buat Artis Yang Gila Publisiti Bikin SENTAP!

Siapa tidak kenal dengan ratu jazz tanah air, Datuk Sheila Majid yang sering memukau penonton dengan persembahan beliau yang mantap itu. Meskipun jarang keluar berita mengenai beliau di akhbar atau media sosial namun Sheila punya alasan sendiri.

Berhubung perkara itu, Sheila menegaskan bahawa dia bukanlah seorang yang terlalu menagih publisiti atau menjaja kisah peribadi kepada umum.
"Saya jarang keluar surat khabar. Sekiranya saya ada benda baru  dalam seni  baru keluar. Kalau setakat hendak keluar tunjuk baju, cerita anak-anak, saya bukan seperti itu. Saya sangat menghargai kerja seni saya," jelasnya.

Bahkan, Sheila turut mengatakan bahawa jika bukan berkaitan dengan kerjaya seninya lebih baik tak payah keluar berita.  
"Tapi kalau tiada benda hendak cakap pasal seni, tidak payahlah keluar (media). Untuk saya, buat apa hendak tunjuk beg tangan? Apabila orang tanya ‘kenapa kamu tidak suka publisiti?’,  saya jawab bukan saya tidak suka publisiti, tiada apa hendak dikatakan . Tetapi kalau ada album, ada projek baru, kena dengan kerjaya saya; ya, saya keluar dalam surat khabar," tambahnya lagi. 
ARTIKEL MENARIK: Imej Terbaru Adik Neelofa, Ameera Yang Tidak Bertudung Cetus Tanda Tanya Netizen!

Penyanyi lagenda ini turut berpendapat seseorang artis itu harus memastikan dirinya mempunyai bakat dan kualiti yang  baik  untuk melayakkan nama dan ceritanya  ditulis di akhbar dan bukanlah kerana gosip ataupun kontroversi.

"Kita perlu didik masyarakat, wartawan perlu tapis. Sekarang, semua pun artis (ada pengikut ramai di media sosial) . Artis adalah orang berseni.  Pengikut ramai itu popular. Beza jadi popular atau jadi karyawan.
"Kamu (artis) mahu masuk surat khabar? Kamu kena pastikan kamu layak ditulis di surat khabar untuk orang ramai baca dan kamu ada bakat," katanya. 
Wah bukan main mendalam lagi kata-kata Sheila ini. Satu nasihat yang berguna buat selebriti yang ingin mengukuhkan lagi nama mereka dalam industri seni ini. 


Teguran Pedas Sheila Majid Buat Artis Yang Gila Publisiti Bikin SENTAP! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.