Thursday, December 1, 2016

Sering Difitnah Oleh Individu Tertentu, Faye Kusairi Bakal Ambil Tindakan Tegas!

Jika sebelum ini nama Faye Kusairi menjadi sebutan netizen gara-gara ada dakwaan mengatakan dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta sehingga bercerai. 

Namun, Faye menafikan dakwaaan itu dan mengakui mula bercinta dengan bekas suami Elly itu lepas mereka bercerai. Bahkan, Faye juga bidas dakwaan bahawa beliau punca rumah tangga Elly hancur. 


Bagaimanapun, Faye sedar terdapat individu yang cuba merosakkan hubungannya dengan Azmi selepas berita mengatakan bahawa dia sudah putus cinta yang mula tersebar baru-baru ini. 

Menurut Faye, individu tersebut mewujudkan Instagram (IG) yang bernama @kakimemekak bagi menyiarkan gambar-gambar peribadinya sehingga mendorong pengikut untuk meninggalkan komen negatif.
"Saya sedar tentang wujudnya laman sosial tersebut, mereka juga sebarkan berita tentang saya kononnya saya sudah putus dan Azmi ada perempuan lain serta macam-macam lagi fitnah.
"Gambar saya juga diambil dan dimuat naik dalam IG itu bertujuan tidak baik. Tapi nak buat macam mana kita tidak boleh halang orang untuk membenci kita," ujarnya.
ARTIKEL MENARIK: Dakwaan Dipukul Sharnaaz Ahmad Di Stesen Minyak, Noor Nabila Tampil Bidas Dakwaan Itu!

Instagram yang  diwujudkan sejak Oktober lalu itu memeparkan beberapa gambar pelakon berkenaan dengan kapsyen negatif.


Dalam pada itu, Faye berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika individu tersebut melampaui batasan.
"Saya pernah buat laporan polis tentang akaun palsu @FayeKusairi_sy dan saya akan lakukannya untuk akaun ini jika ia keterlaluan. Sebenarnya bukan susah nak tahu siapa yang buat Instagram palsu begini, ada pihak yang boleh membantu kita menyelesaikan perkara ini.
"Saya tidak boleh buat apa kalau ada orang ingin jatuhkan maruah dan buka aib saya, saya hanya boleh mendoakan agar mereka diberi hidayah dan buat benda yang lebih bermanfaat," ujarnya.

Sering Difitnah Oleh Individu Tertentu, Faye Kusairi Bakal Ambil Tindakan Tegas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.