Sunday, December 4, 2016

Selepas 7 Tahun Tahan Bau Busuk Kaki Isteri, Ini Tindakan Suami Buat Ramai TERPANA!

Selepas 7 tahun bertahan bau busuk kaki isteri, seorang suami telah memutuskan untuk menceraikan isterinya itu. 

Walaupun sudah berkali-kali Su yang berasal dari Henan, China memesan kepada isterinya supaya membersihkan kakinya, namun isterinya tetap berdegil dan tidak mahu. Su memberitahu stesen televisyen tempatan, kaki isterinya begitu busuk mengalahkan bau sebuah bas yang dipenuhi dengan penumpang.



Bukan itu sahaja, Su menjelaskan isterinya seorang yang pengotor. Isterinya suka meletakkan baju bersepah-sepah dan tak dibasuh hingga 10 hari! 
“Selama tujuh tahun saya meminta dia membersihkan diri tetapi dia tidak pernah berubah. Setiap kali saya balik rumah, bau kakinya itu semakin kuat.
“Saya memberitahunya bahawa saya tidak boleh menerima keadaan berkenaan, tetapi ia sia-sia sahaja,” keluh Su, sambil menunjukkan stoking busuk yang disimpan oleh isterinya di bawah bantal kepada wartawan.
Ketika musim panas, katanya, wanita itu akan mandi hanya sekali dalam masa tiga atau lima hari.


Wanita terbabit enggan berpisah dengan suaminya dan mendakwa mereka hanya menghadapi ‘krisis kecil’. Tapi terpaksa akur dengan kehendak suaminya yang ingin berpisah. 

Selepas 7 Tahun Tahan Bau Busuk Kaki Isteri, Ini Tindakan Suami Buat Ramai TERPANA! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.