Thursday, December 1, 2016

Saksi Kejadian Kongsi Pengalaman Ngeri Sebelum Bangunan Runtuh MENGEJUTKAN!

KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar telah runtuh pada petang semalam sehingga mengakibatkan seorang maut. 

Menurut saksi kejadian yang merupakan pekerja warga Vietnam yang dikenali sebagai Atang, 39 mendedahkan bahawa tapak pembinaan itu tiba-tiba sahaja bergoyang dan bergegar sebelum struktur itu runtuh.


Ketika kejadian berlaku beliau bersama beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.
"Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.
"Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat," katanya.
Sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.


Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.
"Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.
"Keadaan memang kelam kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat," katanya.

Seorang lagi saksi Md Kawsar, 30, berkata beliau terkejut melihat struktur jejambat itu terjatuh dari tingkat dua dan menghempap rakan sekerja yang sedang berehat untuk makan tengah hari di bahagian bawah tapak pembinaan.
"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mereka kerana ketika itu saya berada jauh dari tempat kejadian," katanya.
Dalam pada itu, mangsa yang maut merupakan pekerja Vietnam yang berusia 21 tahun manakala mangsa lain berusia antara 21 hingga 32 tahun yang terdiri daripada pekerja warga Vietnam, Bangladesh dan Indonesia kini dirawat di hospital.


Saksi Kejadian Kongsi Pengalaman Ngeri Sebelum Bangunan Runtuh MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.