Sunday, December 4, 2016

PM Najib 'Diugut' Kerajaan Myanmar, Ikrar Hadir Himpunan Rohingya

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan ikrar untuk hadir ke Himpunan solidariti buat bangsa Rohingya hari ini.

Katanya, walaupun beliau diugut oleh kerajaan Myanmar atas tindakan itu, namun atas semangat belas ihsan sesama Muslim beliau tidak gentar mengenai perihal tersebut.

"Jumaat pejabat Presiden Myanmar keluarkan kenyataan, kalau saya PM hadir hari ini (Himpunan) mereka akan anggap saya campur tangan terhadap Myanmar.
"Saya nak beritahu, ini bukan soal campur tangan, ini soal pertahankan nilai kemanusiaan.
"Insya-ALLAH Najib Razak akan hadir, ini pendirian kita," katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, semalam. ‎


Dalam pada itu, Najib meningatkan Myanmar bahawa tindakan mereka menindas bangsa  Rohingya sama sekali tidak boleh diterima dalam komuniti Asean.
"Asean tidak boleh berkompromi dengan kezaliman," katanya.
Oleh itu, ujar Najib beliau menggesa kerajaan  Myanmar untuk mengubah sikap dalam menangani isu Rohingya.
"Ubah sikap, betulkan keadaan," katanya.
Hari ini satu Perhimpunan besar-besaran berhubung isu Rohingya akan diadakan di ibu kota.

PM Najib 'Diugut' Kerajaan Myanmar, Ikrar Hadir Himpunan Rohingya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.