Tuesday, December 6, 2016

Pesakit Mental Sembuh Dengar Lagu Anuar Zain? Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku

Penyanyi Anuar Zain mendedahkan bahawa kakaknya, Ziana Zain pernah menceritakan seorang suami yang merupakan pesakit mental sembuh penyakit itu setelah mendengar lagu-lagunya yang berjaya memberi inspirasi buat dia.
“Tak tergambar perasaan saya apabila mendengar kisah itu di mana si isteri menyatakan suaminya yang pernah ditahan di wad pesakit mental beransur-ansur pulih setelah mendengar lagu-lagu dari sebuah album lama saya ketika berada di wad.

 Situasi tersebut telah menyedarkan Anuar bahawa sesebuah lagu mampu menjadi terapi jiwa seandainya karya yang diketengahkan itu mempunyai kualiti dan nilai sentimentalnya sendiri.
“Cerita itu benar-benar memberi inspirasi kepada saya sekali gus mengubah persepsi saya selama ini bahawa fungsi sesebuah lagu itu tidaklah sekadar satu hiburan untuk peminat malah terapi jiwa bergantung pada situasi dan keadaan,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Sekian Lama Menyepi Selepas Nikah, Inilah Yang Terjadi Kepada Jehan Miskin Yang Tak Disangka!

Dalam pada itu ditanya tidakkah faktor usianya kini menyukarkan dia untuk menyanyikan lagu bernada tinggi, Anuar berkata dia mempunyai resipi tersendiri.
“Saya tidak nafikan setiap penyanyi yang meningkat naik usia akan melalui situasi ini di mana sukar untuk menyanyi pada nada-nada tinggi sepertimana di dalam album.
“Namun saya mempunyai resipi tersendiri sejak dulu iaitu saya mementingkan feel dan kepuasan ketika menyanyi dan tidak mengambil risiko untuk terus menyanyi pada nada-nada tinggi kalau tiada keyakinan,” katanya.
Berkongsi mengenai persembahannya bersama Yonder Music, Anuar akan menghiburkan peminat selama 90 minit dengan seleksi lagu-lagu baru dan lama antaranya Ketulusan Hati, Sedetik Lebih dan Bila Resah.


Pesakit Mental Sembuh Dengar Lagu Anuar Zain? Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.