Tuesday, December 6, 2016

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Budak Dalam Tong Ais

SUNGAI PETANI: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mayatnya ditemui disumbat dalam tong ais di sebuah rumah pangsa di sini.

Mohd Affandi Fauzi Ramli, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah pangsa Paya Nahu baru-baru ini.




Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Adibah Husba Zainal Abidin menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan sementara menunggu laporan ahli kimia dan forensik.

Polis menemui mayat kanak-kanak itu disumbat dalam tong ais apabila mereka tiba di unit flat berkenaan selepas menerima laporan.

Kakak mangsa yang berusia empat tahun didapati cedera parah dan didera.

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Budak Dalam Tong Ais Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.