Monday, December 5, 2016

Padah Hina Mendiang Datuk Ong Teik Kwang, Lelaki Parah Dibelasah Teruk Depan Keranda!

GEORGE TOWN – Gara-gara didakwa menghina mendiang Datuk Ong Teik Kwang yang mati akibat ditembak pengawal peribadinya, seorang lelaki bertatu cedera parah disebat sekumpulan individu dalam kejadian di Tanah Perkuburan Khoo Kongsi di Lebuh Raya Thean Teik, Air Itam di sini Jumaat lalu.

Kejadian membelasah mangsa yang berusia 47 tahun itu dilakukan di depan keranda Teik Kwang, 32, yang popular dipanggil Datuk M. Mayat men­diang diletakkan di dewan tanah perkuburan tersebut sebelum disemadikan pada pukul 11 pagi hari ini.


Mangsa yang dibelasah bertubi-tubi oleh seorang lelaki dengan dibantu dua lagi individu hanya terlepas daripada seksaan tersebut selepas diselamatkan polis.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, polis yang mendapat maklumat berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang telah bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan mangsa.
“Mangsa yang mengalami kecederaan lebam, bengkak dan luka di mata kanan, pipi, hidung, bahagian belakang badan serta kedua-dua belah tangan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan,” kata beliau di sini semalam.
Sumber : Kosmo Online

Padah Hina Mendiang Datuk Ong Teik Kwang, Lelaki Parah Dibelasah Teruk Depan Keranda! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.