Sunday, December 4, 2016

Mereka Bunuh Emak, Pancung Kepala Nenek & Kakak Diro9ol, Ditembak... Tolong Malaysia! - Luahan Sayu Peserta Himpunan Solidariti Ummah Rohingya

KUALA LUMPUR: Luahan sayu seorang peserta Rohingya di Himpunan Solidariti Ummah Rohingya, Hasimudin Kursai,tatkala berbicara mengenai kekejaman tentera Myanmar terhadap bangsa dan keluarganya.
"Mereka (tentera Myanmar) bunuh emak saya, pancung kepala nenek saya yang berumur 85 tahun dan kakak saya ditembak, diro9ol...tolong Malaysia!"
"Ya ALLAH tolong, Malaysia kami mohon jua bantulah kami," katanya. 

Hasimudin berkata, dia juga telah diingatkan abangnya di sana supaya tidak menghadiri himpunan hari ini, kerana bimbang akan diambil tindakan oleh tentera Myanmar.

"Abang saya telefon saya, ingatkan jangan datang, tapi saya datang juga untuk solidariti umat Islam Rohingya," katanya dalam yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.
Apapun, sama-sama kita doakan kesejahteraan buat umat Islam di Rohingya yang kini sengsara dibunuh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Moga pihak kerajaan ambil tindakan sewajarnya. 

Sumber: Sinar Online

Mereka Bunuh Emak, Pancung Kepala Nenek & Kakak Diro9ol, Ditembak... Tolong Malaysia! - Luahan Sayu Peserta Himpunan Solidariti Ummah Rohingya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.