Wednesday, December 7, 2016

Laday Gaga Dedah Pernah Jadi Mangsa Ro9ol Ketika Remaja, Hidap Penyakit Mental!

Penyanyi Lady Gaga yang cukup popular menerusi lagu Poker Face mendedahkan kepada masyarakat bahawa dia pernah mengalami penyakit ‘post-traumatic sindrome disoder’ (PTSD) dalam rancangan ‘Today’ lapor Huffington Post.


Menurut Lady Gaga, dia mula mengalami penyakit tersebut selepas diro9ol ketika berusia 19 tahun.
"Saya menderita akibat penyakit mental, saya mempunyai PTSD. Tiada siapa pun tahu mengenai perkara ini
"Namun, dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh doktor, keluarga dan rakan-rakan menyelamatkan saya. Ketika saya mencari jalan untuk menyembuhkan penyakit ini, saya dapati bahawa kebaikan adalah cara yang terbaik," kata penyanyi itu.


Sebelum ini, Gaga memberitahu dalam satu temu bual di ‘Howard Stren SHow’ bahawa dia pernah menjadi mangsa ro9ol ketika remaja.

Dia juga turut mengatakan bahawa dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu kisah pahitnya kerana tidak mahu orang ‘mendefinisikan’ dirinya.

Gaga kini kembali dengan album baru bertajuk ‘Joanne’ pada Oktober lalu setelah menyepi selama dua tahun. Dua lagu daripada album tersebut, ‘Perfect Illusion’ dan ‘Million Reason’ mendapat respon yang positif dari peminatnya.

Laday Gaga Dedah Pernah Jadi Mangsa Ro9ol Ketika Remaja, Hidap Penyakit Mental! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.