Tuesday, December 6, 2016

Kaka Azraff Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Awi Rafael

Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan penyanyi yang popular dengan lagu lagu Bukan Hal Aku, Kaka Azraff mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Awi Rafael namun beliau menafikan perkara tersebut.


Menurut Kaka, 27, keakraban di antara mereka telah disalah erti oleh sesetengah pihak disebabkan penglibatan mereka sebagai pasangan duet dalam program terbaharu terbitan Astro iaitu Duo Star.

"Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham.
"Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi.
"Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja," katanya menjawab gosip kononnya dia kini sedang bercinta dengan Awi apabila mereka dikatakan sering dilihat menghabiskan masa bersama.


Malah peminat kedua-dua penyanyi berkenaan menerima baik berita tersebut sehingga mewujudkan hastag #kakaWi di Instagram.

Dalam pada itu, Kaka tidak menafikan dia selesa berkawan dengan Awi kerana merasakan mereka mempunyai pemikiran dan pandangan sama dalam pelbagai hal.

Kaka Azraff Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Awi Rafael Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.