Monday, December 5, 2016

Inilah PERBEZAAN KETARA Antara Kisah Romantik Drama Korea Dengan Realiti Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu!

Jika kita lihat drama tempatan, pasti ramai yang mengatakan bahawa kisah dalam drama tidak sama dengan realiti sebenar malam ibarat langit dan bumi.

Biasalah dah namanya drama kan untuk memikat hati penonton pasti ada yang direka untuk menarik minat orang ramai. Bukan sahaja drama tempatan, tetapi drama luar pun sama je terutama drama Korea yang menjadi kegilaan ramai.

Wanita yang dikenali sebagai Sakinah Omar mendedahkan perbezaan ketara antara kisah romantik di dalam drama dengan realiti sebenar kehidupan di Korea setelah tiga tahun menetap di sana.


Selama hampir 3 tahun menetap di Korea, di sini kina list kan beberapa perbezaan antara drama korea dan realiti yang sebenar:-

Dalam drama Korea:
Anda dari kelas dan nak balik ke rumah tapi di luar hujan dan anda tak ada payung nak balik rumah, tiba-tiba ada oppa datang payungkan anda dan dia tolong hantar anda sampai ke rumah.

Dalam realiti:
Tunggu lah sampai ke malam pun takda orang nak datang payungkan. Balik la redah hujan tu sendiri, basah kuyup pun takda orang nak payungkan kau.

Dalam drama Korea:
Anda penat balik kerja dan terpaksa berdiri dalam train, tiba-tiba ada oppa bangun untuk bagi seat kat anda. Anda pun duduk sambil tersenyum-senyum gembira


Dalam realiti:
Berdiri lah selama mana pun, selagi takda seat kosong selagi tu lah kena berdiri. Kalau ada seat kosong pun berebut lah dengan orang-orang lain siapa dapat dulu dia la yang dapat duduk.

Dalam drama Korea:
Anda tengah jalan-jalan di bandar tiba2 terlanggar bahu seseorang, mata bertentang mata.. terus masing-masing jatuh cinta

Dalam realiti:
Tengah jalan-jalan tiba-tiba terlanggar bahu orang, sikit lagi nak tersungkur. Orang tu terus berlalu pergi tanpa pandang kau pun. Sorry pun takda.

Dalam drama Korea:
Anda tengah berdiri di dalam bas tunggu untuk turun di next stop. Tiba-tiba bas break mengejut dan anda nak terjatuh. Tiba-tiba seseorang sambut anda dari terjatuh.. mata bertentang mata, jatuh cinta lagi.


Dalam realiti:
Anda tengah berdiri dalam bas dan driver bas yg bawa mcm orang gila tu tiba-tiba break mengejut. Anda jatuh tersembam ke lantai bas dan barang2 shopping beg2 anda berterabur, takda siapa tolong kau bangun. Semua tolong tengok je.. kau bangun lah sendiri.

Dalam drama Korea:
Semua orang cantik-cantik, kulit halus mulus, badan slim tinggi, dan yang lelaki pun cantik-cantik macam perempuan.

Dalam realiti:
Indah khabar dari rupa. Semuanya pakai makeup tebal, yang lelaki ada siap pakai BB Cream & lipstick.

P/s Semua cerita 'dalam realiti' di atas adalah diadaptasi dari kisah benar yang saya sendiri alami bukan sekali, tapi dah beratus kali. Pengalaman melancong 'seminggu ke korea' dan pengalaman 'tinggal bertahun2 di Korea' adalah dua perkara yang berbeza. Bila melancong memang semua orang layan baik, tapi bila dah jadi part of the community tu anda akan nampak the true colour of the people. Sekian.


Inilah PERBEZAAN KETARA Antara Kisah Romantik Drama Korea Dengan Realiti Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.