Thursday, December 1, 2016

Idris Khan DEDAH Cara Beliau Atasi Kontroversi Gambar Luc@h!

Jika sebelum ini nama pelakon Idris Khan telah dikaitkan dengan gambar luc@h yang tersebar bersama pelakon wanita telah mencetuskan kritikan netizen.

Namun, tindakan Idris yang enggan melayan segala cemuhan dan kecaman netizen serta lebih pentingkan kepada kualiti lakonan dapat mengatasi kontroversi tersebut.

Menurut Idris, prinsip untuk memberikan lakonan terbaik membuatkan dia terus diberi peluang oleh pihak produksi dan stesen televisyen.

"Pada saya prinsip kerja memberi mutu lakonan terbaik pada setiap drama membuatkan mereka terus memberi peluang dan kepercayaan kepada saya.
"Saya percaya penonton juga sudah bijak dalam menilai kualiti lakonan daripada hanya mengambil tahu tentang kontroversi," ujarnya.
ARTIKEL MENARIK: Saksi Kejadian Kongsi Pengalaman Ngeri Sebelum Bangunan Runtuh MENGEJUTKAN!

Sementara itu, Idris berkata, kontroversi tersebut juga tidak menjejaskan hubungannya dengan kekasih dan keluarga.

Pelakon Duda Terlajak Laris ini berkata, keluarganya tidak pernah masuk campur dalam urusan kerjayanya termasuklah membabitkan kontroversi dalam industri hiburan ini.

"Keluarga saya jenis yang tidak suka masuk campur urusan kerjaya. Sebelum memasuki dunia seni saya sedar bakal berhadapan dengan pelbagai kontroversi.
"Ini jalan yang saya pilih jadi saya perlu berhadapannya sendiri tanpa perlu mengaitkan keluarga.
"Kekasih pula kenal saya ni orang macam mana dan tidak mudah percaya dengan perkara-perkara begitu," ujarnya.

Idris Khan DEDAH Cara Beliau Atasi Kontroversi Gambar Luc@h! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.