Thursday, December 1, 2016

Hampir Setahun Perlahan Karier Selepas Kecundang Dalam Cinta, Tasha Shilla Tampil Dengan PENDEDAHAN Mengejutkan!

Hampir setahun memperlahankan karier seninya, terutama selepas dibadai kontroversi yang tidak putus-putus, pelakon Tasha Shilla tidak menafikan kegagalan hubungan cintanya dengan peninju Tomoi, Hans Wong banyak memberi pengajaran terhadapnya.

"Selepas putus cinta, saya banyak belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Prinsip itu yang saya amalkan sekarang dan ia membuatkan saya gembira.
"Kalau khalayak mahu labelkan saya sebagai artis kontroversi atau bermasalah, itu terpulang kepada orang. Saya tidak mempunyai kuasa untuk tutup mulut mereka.
"Bagaimanapun, dalam usia yang semakin meningkat, saya sudah malas untuk hidup atas nama kontroversi. Saya sudah penat,” katanya.


Tambahnya lagi, sepanjang lapan tahun bergelar pelakon, dia tidak pernah dengan sengaja mencetuskan kontroversi untuk meraih populariti segera, sebaliknya ia berlaku tanpa diduga.
"Saya hanya menjadi diri sendiri. Kalau dengan menjadi diri sendiri membuatkan orang bercakap buruk tentang saya, itu bukan masalah saya. Bagi saya, lebih baik menjadi diri sendiri, biarlah apa orang ingin kata, asalkan tidak berpura-pura,” laju pelakon seksi melantunkan bicara.

Dalam pada itu Tasha mengakui selesa berstatus single. Katanya, dia gembira kerana bebas tanpa komitmen dengan mana-mana lelaki.
"Saya gembira kerana bebas untuk membuat pilihan. Sebelum ini, saya terlalu hanyut dengan janji lelaki sehinggakan memberi kesan kepada diri sendiri.
"Sekarang saya semakin bahagia dan berat badan juga semakin naik. Kalau ada (cinta), adalah. Kalau tiada, tidak mengapa,” katanya.

Hampir Setahun Perlahan Karier Selepas Kecundang Dalam Cinta, Tasha Shilla Tampil Dengan PENDEDAHAN Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.