Monday, December 5, 2016

(Gambar) Alas Kaki Mengandungi Ayat Al-Quran Ditemui Undang Kebimbangan Ramai!

Minggu lalu netizen dikejutkan dengan kes penemuan ayat-ayat Al-Quran di dalam alas kaki yang terkoyak. 

Penemuan kertas yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran itu ditemui oleh seorang lelaki warga Indonesia ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan, Ahad, 27 November 2016. 


Menurut Fauzi, dia membeli dua alas kaki tersebut dari sebuah kedai di Pasar Prambanan, Daerah Istimewa, Yogyakarta, Indonesia.


Menurut Fauzi, ketika isterinya sedang mencuci tiga helai alas kaki tersebut di rumahnya, dia terkejut apabila mendapati permukaan bawah alas kaki itu menampilkan bayang-bayang kertas yang tertera aksara Arab. 


Gambar penemuan itu kemudian dimuat naik dan viral di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai. 


Bertindak di atas laporan itu, anggota Pemuda Muhammadiyah, Fifki Wahyu, 22, melakukan pemeriksaan pada sebuah kedai runcit seperti yang dilaporkan oleh Fauzi dan mendapati sememangnya ada alas kaki yang mengandungi kertas tertera ayat Al-Quran di dalamnya. 


Sementara itu di Malaysia, ada segelintir netizen mengambil inisiatif untuk memeriksa alas kaki yang dipercayai dibeli dari pengeluar yang sama. Hasilnya, turut ditemui kertas-kertas yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran. 
"Petang tadi ad smpai wasap pasal als kaki ad ayt Quran. Balik rmh cek, rupanya ada jgak. Astaghfirullah. Sapelah punya angkara," kata Kamariah Ali dari Kuala Berang.
 
Sehingga kini perkongsian Kamariah telah dikongsi lebih 9,600 kali di laman Facebook.

(Gambar) Alas Kaki Mengandungi Ayat Al-Quran Ditemui Undang Kebimbangan Ramai! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.