Monday, December 5, 2016

Enggan Lagi Berselindung, Che Ta Akhirnya DEDAH Harga Sebenar Banglo Baru Miliknya Mengejutkan Ramai!

Baru-baru ini, Rozita Che Wan menarik perhatian ramai ketika memuat naik gambar dirinya berlatarbelakangkan sebuah banglo mewah miliknya yang baru sahaja dibeli sekaligus mengundang perhatian ramai. 


Enggan lagi berselindung sedangkan dalam masa yang sama ada segelintir warga laman sosial yang sudah maklum dengan harga rumah barunya, aktres Rozita Che Wan @ Che Ta akhirnya mendedahkan harga sebenar hartanah yang dimilikinya itu.


Rozita yang lebih sinonim dengan panggilan Che Ta bagaimanapun meminta supaya tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan pengakuannya mengenai harga rumah tersebut.
“Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,” jelasnya.


Che Ta sebelum ini melalui satu muatnaik gambar di Instagram telah memberi gambaran bahawa rumah yang dibelinya di Kota Damansara itu adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri.


Bagaimanapun, tindakan Che Ta berkongsikan perkara tersebut turut merangsang jari jemari warga laman sosial meninggalkan komen yang mempertikaikan keupayaannya memiliki rumah tersebut malah ada yang menuduhnya berbangga dengan apa yang dimiliki.

Enggan Lagi Berselindung, Che Ta Akhirnya DEDAH Harga Sebenar Banglo Baru Miliknya Mengejutkan Ramai! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.