Monday, December 5, 2016

Dyana Sofya Jawab Persoalan Misteri Kehilangannya!

SHAH ALAM - Kehilangan bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud terjawab apabila beliau menjelaskan episod kehilangannya itu dari arena politik seketika.


Menurutnya, beliau baru sahaja tamat menyambung pelajaran di kota London membuatkan dia menyepi seketika dari dunia politik.
"Saya baru sahaja pulang dari melanjutkan pelajaran di London, kini saya kembali untuk berkhidmat pada parti saya.
"Saya juga akan berkhidmat semula sebagai peguam pada awal tahun hadapan," katanya.


Mengenai persiapan beliau menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 kelak, dia kini sedang fokus untuk mengambil hati anak muda.
"Sekarang saya sedang fokus untuk menarik anak muda untuk mengambil bahagian dalam politik.
"Undi anak muda sangat penting kerana mereka ini bilangannya ramai dan juga menjadi tonggak negara, sememangnya kini saya bekerja keras untuk PRU nanti," katanya lagi.

Dyana Sofya Jawab Persoalan Misteri Kehilangannya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.