Tuesday, December 6, 2016

Dikritik Oleh Datuk Ramli MS, Mark Adam Akui Tidak Terasa Hati

Baru-baru ini pelakon dan juga penyanyi Mark Adam telah menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal kepada salah seorang bintang Gegar Vaganza 3 (GV3) iaitu Siti Sarah untuk persembahan peringkat akhir. 

Namun, komen dari juri tetap, Datuk Ramli MS mengenai persembahan Sarah pada pentas akhir itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada Mark. 

Bagaimanapun, Mark dengan hati terbuka menerima kritikan Ramli dan menganggap ulasan Ramli sebagai nasihat berharga dalam memperbaiki lagi mutu nyanyian anak didiknya, sekali gus tidak timbul isu terasa hati. 

"Keluarga saya dan Sarah mula rapat sejak menjayakan program Juara Parodi, tahun lalu. Apabila Sarah meminta saya membantunya untuk GV3, saya cukup berbesar hati menurunkan ilmu serta memberi serba sedikit bimbingan. 
ARTIKEL MENARIK:  Teguran Pedas Sheila Majid Buat Artis Yang Gila Publisiti Bikin SENTAP!
"Sudah tentu pada masa sama saya juga terbuka menerima kritikan Tok Ram (Datuk Ramli). Apatah lagi beliau mempunyai kredibiliti selaku insan yang berpengetahuan luas dalam bidang nyanyian dan muzik. Nasihat mereka yang berpengalaman sangat bermakna," katanya 
Pada malam tersebut, Ramli mengakui tidak suka dengan permulaan nyanyian Sarah menerusi lagu I Will Always Love You yang juga pertaruhan pertamanya pada kemuncak itu. 


Sebagai penasihat vokal, Mark secara tidak langsung merasa bertanggungjawab di atas komen berkenaan.

Terdahulu, penyanyi asal Filipina itu meninggalkan kerjaya sebagai guru vokal di Pusat Latihan Muzik, The Singing Shop bagi memberi tumpuan terhadap bidang nyanyian selepas kejayaan single pertamanya, Pencuri, pada 2013. 

Dikritik Oleh Datuk Ramli MS, Mark Adam Akui Tidak Terasa Hati Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.