Sunday, December 4, 2016

Didakwa Jadi Punca Rumah Tangga Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bergolak, Ummi Nazeera Tampil Beri PENJELASAN Sebenar!

Beberapa hari lalu, hangat seketika apabila timbul dakwaan mengatakan rumah tangga pasangan popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bergolak sehingga memaksa kedua pasangan tersebut bercuti ke luar negara.


Menerusi laporan pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Wawa dikatakan cemburu dengan keserasian Aeril bersama rakan segandingannya, Ummi Nazeera dalam drama Patahnya Sebelah Sayap yang mencetuskan fenomena luar biasa ketika ditayangkan sebelum ini.


Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 25, bagaimanapun menyangkal dakwaan itu, sambil menjelaskan dia telah mengetahui persahabatan akrab antara suaminya dan Ummi sejak sekian lama.



Enggan spekulasi itu berpanjangan, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 26, baru-baru ini turut memuat naik sebuah video di laman Instagram peribadinya bagi menjelaskan perkara itu kepada peminat.
“Sejujurnya, tiada apa yang berlaku, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi,” ujar Ummi dalam video tersebut.

Tambah Ummi lagi, dia tidak memiliki apa-apa hubungan istimewa dengan Ariel dan perlu menjaga hati pelbagai pihak memandangkan dirinya kini sudah berpunya.
“Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Aeril atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 28, turut menganggap gosip seperti itu sebagai asam garam dunia artis.
“Salah satu resipi kebahagiaan ialah saya tidak pernah merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan isteri. Kata laluan Instagram pun dia tahu.
“Apa yang berlaku semuanya disusun oleh Allah dan sebagai selebriti, dugaan sentiasa ada. Sebab itu, saya perlu menghindari perkara yang boleh mendatangkan fitnah,” ujarnya.

Untuk info, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang kini sudah berusia setahun.

Hmm, apapun semuanya sudah diperjelaskan. Harapnya tiada lagi spekulasi liar yang timbul selepas ini. 😊

Didakwa Jadi Punca Rumah Tangga Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bergolak, Ummi Nazeera Tampil Beri PENJELASAN Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.