Thursday, December 1, 2016

Dakwaan Dipukul Sharnaaz Ahmad Di Stesen Minyak, Noor Nabila Tampil Bidas Dakwaan Itu!

Sebelum ini kecoh apabila ada pihak yang mendakwa bahawa kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dipukul oleh Sharnaaz di sebuah stesen minyak sebelum meninggalkan beliau di situ.


Bahkan, sebelum isu ini dibangkitkan, ada ura-ura mengatakan Sharnaaz dan Nabila sudah putus? 



Namun, perkara tersebut telah dinafikan sendiri oleh Nabila di laman Instagram miliknya. 
“By the way, saya ada dengar rumors (khabar angin) bodoh about me and Sharnaaz. Saya doakan siapa yang buat fitnah tu dan penyebar cerita tak betul tu semoga mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT”
“Dosa fitnah lebih teruk dari membunuh. Baik bunuh orang je dik oi. Jangan sibuk hal orang, jaga diri sendiri tu belum tentu lagi awak ada tiket masuk syurga nak tambah dosa tu kenapa. Saya nak ajak semua orang yang follow saya ni 178k ni, doakan orang tu, semoga Allah bersihkan hati dia,” jelasnya.

Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz dan semoga isu ini tidak dipanjangkan lagi. Kepada yang berkenaan, sudah-sudahlah menyebarkan berita yang tidak benar ini. 

Dakwaan Dipukul Sharnaaz Ahmad Di Stesen Minyak, Noor Nabila Tampil Bidas Dakwaan Itu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.