Thursday, December 8, 2016

Barang Peribadi Sering Beralih Tempat, Wanita Ini Nekad Pasang CCTV. Apa Yang Ditemui Sangat MEMERANJATKAN!

Bagaikan mimpi ngeri! Itulah yang dialami oleh Sarah dan kekasihnya apabila mereka mendapat rakan serumah yang berperangai seperti ‘syaitan’.

Menurut Sarah, 28, yang berasal dari New Zealand, dia dan teman lelakinya mencari rakan serumah melalui laman sesawang Trade Me dan telah berjaya mendapat sepasang kekasih yang mahu menyewa di rumah yang mereka diami itu.

Namun selepas beberapa bulan menetap bersama, mereka mendapati barang-barang mereka dialihkan ke tempat lain dan Sarah juga mengesyaki rakan serumah wanita itu menggunakan produk kecantikannya.
“Apabila anda mendapati rambut perang milik teman serumah anda di dalam laci….tentulah anda tertanya-tanya mengenainya,’’ kata Sarah.

Bagaimanapun wanita itu menafikan dia menggunakan barangan Sarah.

Sarah dan kekasihnya kemudian meletakkan kasut di belakang pintu sebelum keluar dan setiap hari kasut itu beralih, menandakan ada orang memasuki bilik mereka.

ARTIKEL MENARIK:- Tindakan Fathia Latiff Cuba Malukan Pramugara MAS Bikin Rakan Artis Lain Buka Mulut!

Sarah kemudiannya memasang kamera CCTV dan mengejutkan bukan sahaja mereka mendapati wanita itu menggunakan barang Sarah malah lebih menjijikkan ialah apabila pasangan kepada wanita tersebut memasuki bilik air mereka dan kemudiannya melondehkan seluarnya.

Lelaki itu kemudiannya memberus alat sulitnya dengan menggunakan berus gigi Sarah dan kekasihnya.
“Saya tidak percaya apabila teman lelaki saya memaklumkan mengenainya…kenapa mereka melakukannya. Kami tidak melakukan apa-apa…saya menangis,’’ kata Sarah.
Mereka kemudiannya bersemuka dengan teman serumah itu dan menunjukkan rakaman video terbabit. Sarah juga mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Keesokannya Sarah dan kekasihnya, membeli berus gigi baru dan berpindah dari rumah tersebut.

Barang Peribadi Sering Beralih Tempat, Wanita Ini Nekad Pasang CCTV. Apa Yang Ditemui Sangat MEMERANJATKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.