Sunday, December 4, 2016

Bakal Dirikan Rumah Tangga, Mia Ahmad Akhirnya DEDAH Tarikh Sebenar Nikah!

Sebelum ini pelakon Mia Ahmad pernah memaklumkan beliau akan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola sepak JDT namun tarikh sebenar masih tidak diketahui. 


Namun semalam nampaknya penantian peminat untuk melihat artis kesayangan mereka menamatkan zaman bujang bakal berakhir apabila Mia Ahmad dalam satu sidang media mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga pada 13 Januari depan.


Selain itu, Mia turut memaklumakn tarikh pernikahannya terpaksa dianjakkan sendikit kerana komitmen kerja pada sidang media yang diadakan petang semalam.
“Kami sepatutnya bernikah lebih awal, tetapi perancangan itu terpaksa dianjakkan sedikit apabila Izham terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, perancangan yang telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu kini sudah hampir 80 peratus sempurna”
“Kami bersua buat kali pertama pada November tahun lalu ketika saya menjalani penggambaran di Johor Bahru. Kami diperkenalkan menerusi kawan. Mulanya, saya langsung tidak tahu Izham bintang bola sepak, selepas pertemuan itu, kami tidak pernah berhubungan sehinggalah Izham menegur saya di laman Twitter,” katanya.


Mula berkenalan sejak setahun lalu, Izham yang teruja dapat bertemu dengan pelakon kesayangannya itu tidak menyangka Mia adalah seorang yang sangat manja dan memahami. Tambahnya lagi, bagi menghormati minat bakal isterinya dalam bidang lakonan, beliau tidak akan menghalang Mia untuk meneruskan kerjayanya walaupun selepas berkahwin.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kelab Gold Taiping. Seterusnya, mereka bakal diraikan dalam satu majlis di Kuala Lumput pada akhir Januari serta diikuti dengan acara bertandang pada sebelah pengantin lelaki di Marang, Terengganu. 

Tahniah diucapkan buat Mia Ahmad dan bakal suami. Semoga segala urusan dipermudahkan! 💑

Bakal Dirikan Rumah Tangga, Mia Ahmad Akhirnya DEDAH Tarikh Sebenar Nikah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.