Wednesday, December 7, 2016

Akui Bersyukur Bekas Suami Datang Melawat Anak, Elly Mazlein Beri Nasihat Pedas!

Nampaknya segala kemelut yang berlaku antara penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta makin reda dan semalam Azmi telah datang melawat anaknya, Putri Sarah Sefhia buat pertama kali. 

Elly sempat mengucapkan rasa syukur menerusi laman Instagramnya dan pada masa sama sempat meninggalkan pesanan pedas kepada bekas suaminya itu.


Malah, Elly turut mengatakan anaknya tidak banyak menangis ketika bapanya datang melawat di kediaman Elly yang terletak di Cyberjaya.


"Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December Azmi hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia skrg ni di rumah sy , Cyberjaya .. Syukur Sefhia x menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dgn Bapa nya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak .  Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jgn di sia2kan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya," luahnya. 
Apapun, semoga hubungan mereka baik seperti sediakala meskipun sudah bercerai dan demi masa depan anak mereka, masing-masing perlu laksanakan tanggungjawabnya. 


Akui Bersyukur Bekas Suami Datang Melawat Anak, Elly Mazlein Beri Nasihat Pedas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.