Thursday, December 8, 2016

Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati!

Baru-baru ini industri hiburan tanah air digemparkan dengan kes pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Dua  lagi suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan  seorang pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez. Jika didapati bersalah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung.


Namun semalam, Mahkamah Majistre memutuskan Aidil Aziz dan dua rakannya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas meminda pertuduhan yang dihadapi mereka daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah itu.

Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.


Bagaimanapun. Aidil, atau nama penuhnya, Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, serta dua lagi suspek me­ngaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.


Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Mengikut pertuduhan, masing-masing didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 18.39 gram di sebuah rumah di Ampang Ulu, di sini pada 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 kepada Aidil yang diwakili peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin dan Guevara diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi.

Omar Sayeed pula diwakili peguam G. Jaya Prem tidak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen.

Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.