Thursday, December 1, 2016

Afdlin Shauki Sakit Belakang Leher, Berkemungkinan Alami Slip Disc

Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki, 45, dinasihatkan berehat oleh doktor apabila berkemungkinan mengalami slip disc selepas sakit di belakang leher sejak seminggu lalu.


Afdlin bagaimanapun berkata, beliau lega kerana buat masa ini sakitnya semakin berkurangan dan doktor menasihatkannya supaya tidak melakukan kerja berat dan banyakkan berehat.



Menurut Afdlin, doktor juga memaklumkan supaya dia melakukan pemeriksaan susulan sekiranya kembali berasa sakit dalam tempoh satu ke dua minggu.
"Sekiranya sakit itu masih berterusan, saya perlu menjalani pemeriksaan susulan kerana berkemungkinan besar ia disebabkan oleh slip disc,” katanya.

Afdlin berkata, dia mula mengalami kesakitan itu sejak minggu lalu selepas bangun dari tidur.

Afdlin Shauki Sakit Belakang Leher, Berkemungkinan Alami Slip Disc Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.