Thursday, December 8, 2016

Inilah Punca Sebenar Pesawat Terhempas Di Pakistan, Mengorbankan 48 Mangsa!

SADDHA BATOLNI (Pakistan): Semua 48 mangsa yang menaiki pesawat Pakistan yang terhempas pada Rabu terbunuh, sekaligus menjadikan ia salah satu daripada nahas penerbangan terburuk dalam sejarah negara itu.


Menurut Pihak berkuasa penerbangan awam, penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) PK661 terhempas selepas salah satu daripada enjin turbopropnya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan dari bandar Chitral ke Islamabad.



Pasukan penyelamat, termasuk ratusan penduduk kampung berusaha membawa keluar mayat dari bangkai pesawat, yang ditemui beberapa ratus meter dari daerah Abbottavad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Menurut seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, sebahagian pesawat masih lagi terbakar selama lebih lima jam selepas terhempas.

Sementara itu, pasukan penyelamat mengumpulkan mayat dan meletakkan kesemuanya di dalam beg sebelum dibawa ke Islamabad untuk proses pengecaman.

Sumber : Mstar Online

Inilah Punca Sebenar Pesawat Terhempas Di Pakistan, Mengorbankan 48 Mangsa! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.