Thursday, November 10, 2016

Yuna Tidak Gentar, Tetap Teruskan Karier Seni Di Amerika Syarikat!

Semalam, dunia dikejutkan dengan berita kemenangan Donald Trumph sebagai Presiden Amerika (AS) yang ke-45. Sekaligus keputusan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen mahupun artis tempatan.

Sedia maklum, penyanyi Yuna kini melebarkan sayapnya ke negara itu. Lantaran itu, ramai pengikut menerusi laman Instagramnya meminta agar pelantun lagu Crush itu pulang ke Malaysia.


Bagaimanapun menjawab setiap permintaan itu Yuna dilihat tidak gentar dengan keputusan sebahagian rakyat AS ini.
“Saya akan pulang sebentar untuk kerja dan keluarga. Namun ingat pelajar Malaysia yang belajar di sini kena terus tinggal. Kena jadi berani seperti mereka,” jawabnya.

Menerusi Tweet terbaharunya, Yuna turut berkongsi pendapat bahawa semua orang perlu bekerja keras untuk terus menyemai perasaan cinta, hormat antara satu sama lain dan hak saksama untuk setiap insan.


Sementara itu, dalam keputusan pengundiaan pada 9 November lalu menyaksikan Trump yang mewakili Parti Republikan, memenangi Pilihan Raya Presidan AS itu hari ini mengalahkan Hillary Clinton dengan jumlah undi sebanyak 276.

Yuna Tidak Gentar, Tetap Teruskan Karier Seni Di Amerika Syarikat! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.