Thursday, November 10, 2016

Wanita Islam Amerika Syarikat Bimbang Pakai Tudung Di Tempat Awam

Semalam dunia dikejutkan dengan berita kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). 

Ketika ramai meraikan kejayaan Trump ketika ini, segelintir wanita Islam menyuarakan ketakutan mereka mungkin menjadi sasaran jenayah kebencian. 

Pada Disember 2015, Trump menggesa larangan penuh ke atas umat Islam daripada memasuki AS, merujuk kepada dakwaan sesetengah penduduk Islam menyokong keganasan dilakukan di negara Uncle Sam itu. 


Ramai menulis di media sosial memberi amaran kepada wanita Islam supaya tidak memakai niqab atau burqa di tempat awam, memetik 41 peratus peningkatan dalam jenayah agama dan bangsa susulan pungutan suara Brexit dalam keanggotaan Kesatuan Eropah (EU). 


Sesetengah berkongsi nasihat diberi anggota keluarga. 
Seorang wanita Islam di AS menyatakan dalam Twitter bahawa ibunya menasihatkannya supaya tidak memakai tudung di khalayak ramai. @harryonmen menulis: "Ibu saya menulis mesej melarang saya supaya jangan memakai hijab di khalayak ramai sedangkan beliau paling alim dalam keluarga.
"Ada juga memberi nasihat kepada sesiapa yang merasa tidak selamat memakai hijab di kawasan tempat tinggal. Narjis Naqvi @narjisfn menulis: "Jika anda merasa tidak selamat memakai tudung di tempat awam sila maklumkan kepada rakan dan jangan berjalan sendirian ketika keluar rumah."

Wanita Islam Amerika Syarikat Bimbang Pakai Tudung Di Tempat Awam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.