Sunday, November 13, 2016

Viral Wanita Dipukul Tunang, Sumber Dedah PUNCA SEBENAR Suspek Bertindak Ganas!!

PETALING JAYA: Baru-baru ini viral di laman sosial apabila seorang wanita berusia 24 tahun dipukul oleh tunang sendiri sehingga mengalami pendarahan dalam mata dan patah tulang pipi.

Menurut sumber, siasatan mendapati suspek bertindak ganas terhadap mangsa selepas berlaku perselisihan ketika mereka berbincang di hadapan rumah tunangnya, di SS20 Damansara Kim, di sini pada Isnin lalu. 


Perselisihan itu berlaku apabila mangsa yang merupakan seorang jururawat memaklumkan dia mahu mengikuti rombongan bersama rakan sekerjanya ke Janda Baik, Pahang.
"Bagaimanapun, suspek tidak membenarkan tunangnya mengikuti rombongan itu, namun mangsa tidak menuruti kemahuan lelaki terbabit.
"Akibat gagal mengawal emosi, suspek bertindak menampar mangsa di bahagian bibir kiri, menumbuk mata kanan serta mencucuk paha wanita itu menggunakan kunci motosikal," katanya.
Bagaimanapun, suspek telah berjaya ditahan di sebuah kediaman di Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah hari tadi. 

Suspek lelaki yang berusia 26 tahun telah berjaya ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan lelaki terbabit.

Viral Wanita Dipukul Tunang, Sumber Dedah PUNCA SEBENAR Suspek Bertindak Ganas!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.