Tuesday, November 15, 2016

Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Kepala Terpenggal, Bapa Mangsa Dedah 'Sesuatu' Mengejutkan!

GUWAHATI, India: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala terpenggal dan tangan dipotong dipercayai dijadikan korban oleh empat individu untuk ‘memujuk dewa’ supaya mereka dapat menemui telefon bimbit yang hilang.

Difahamkan, telefon bimbit itu adalah kepunyaan anak perempuan salah seorang dari empat individu tersebut.

Insiden mengejutkan itu berlaku di kampung Ratanpur, daerah Charaideo di timur Assam.

Pengorbanan itu didakwa dijalankan oleh seorang lelaki yang dikatakan bomoh.


Polis telah menahan dua dari yang tertuduh. Dua lagi, termasuk seorang bomoh masih lagi bebas.

Kejadian terbongkar apabila mayat mangsa, Sunu Godba yang hilang sejak 24 Okt lalu ditemui di kawasan perkampungan itu.

Selain mayat kanak-kanak itu, turut ditemui barang-barang pemujaan di rumah suspek.



Polis mengesahkan seorang bomoh ada mengujungi rumah terbabit untuk melakukan pemujaan terbabit.
“Kami dimaklumkan bahawa seorang bomoh telah datang ke kampung itu untuk mendapatkan kembali telefon yang sudah hilang. Namun apabila kami terima laporan dari keluarga kanak-kanak perempuan itu tentang kehilangannya, bomoh itu sudah pergi.
“Kini, kami sedang mencarinya dan suspek seorang lagi. Kami akan menahan mereka tidak lama lagi”, kata polis.
Mayat kanak-kanak itu sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
“Saya tak percaya jiran saya yang sangat baik kepada anak saya (Sunu) sehingga dianggap sebagai bapa saudara oleh Sunu, boleh membunuh kerana tamak. Kata Susun, bapa mangsa.
“Kami sangat sedih dengan kematian anak kami”, katanya.

Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Kepala Terpenggal, Bapa Mangsa Dedah 'Sesuatu' Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.