Wednesday, November 2, 2016

Viral Gambar Terduduk Atas Bumbung Teksi, Wanita Itu KONGSI Kejadian Ajaib Yang Berlaku!

KULIM: Baru-baru ini viral gambar seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan 'terbang' sehingga terduduk di atas bumbung sebuah teksi yang menjadi perbualan hangat netizen. 

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Muriati Koromoh, 61 merupakan seorang tukang urut dan kini beliau mendapat rawatan kerana cedera di tangan kanannya dek kecelakaan itu. 

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana kejadian tersebut berlaku. Menurut Muriati, beliau dalam perjalanan  ke rumah adiknya di Bukit Mertajam untuk makan tengah hari bersama ketika kejadian berlaku.

Viral Gambar Terduduk Atas Bumbung Teksi, Wanita Itu KONGSI Kejadian Ajaib Yang Berlaku!
"Hari itu adik ada telefon mengajak saya makan nasi di rumahnya, selepas solat Zohor saya bergegas ke sana menaiki motosikal.
"Setibanya di simpang empat Jalan Lunas-BKE saya meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat masih berwarna hijau,"katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian.
Menurutnya, tiba-tiba sebuah teksi melintas laluannya dan disebabkan terlalu hampir, dia tidak sempat menekan brek.
"Memang masa itu tengah lampu hijau saya bawa motor seperti biasa lah tapi secara tiba-tiba teksi tersebut melintas jalan itu, memang tak sempat nak brek.
"Motosikal terus berlanggar dengan teksi tersebut dan saya terlambung di atas bonet bahagian depan dan sempat melaungkan kalimah ALLAHUAKHBAR.
"Kali kedua saya terlambung jatuh di atas bumbung teksi dalam keadaan mengiring sebelum saya bangun duduk di situ dan membuka topi keledar yang dipakai," katanya lagi.
ARTIKEL MENARIK: Dek Tak Tahan Dikutuk Saudara Bekas Suami, Ini Luahan Sayu Elly Mazlein Bikin SEBAK!!

Viral Gambar Terduduk Atas Bumbung Teksi, Wanita Itu KONGSI Kejadian Ajaib Yang Berlaku!

 Tambah Muriati lagi, dia rasa sakit di bahagian tangan dan kaki mula dirasai beberapa minit selepas kemalangan.
"Pada mulanya saya tak rasa apa-apa selepas itu baru sakit. Pemandu teksi tersebut juga keluar melihat dan meminta saya turun.
"Ada beberapa pengguna jalan raya cuba membantu saya turun dari bumbung dan meminta pemandu tersebut segera menghubungi ambulans,"katanya.
Tambahnya, kejadian itu satu tragedi mengejutkan dan mungkin kerana amalan membaca ayat al-Quran telah menyelamatkan nyawanya.
"Memang setiap kali keluar saja dari rumah saya baca ayat Qursi untuk melindung diri. Mungkin berkat amalan ayat suci al-Quran ALLAH menyelamatkan saya walaupun terlibat kemalangan.
"Walaupun selepas ini aktiviti mengurut tak dapat dijalankan seperti biasa namun saya percaya ALLAH akan beri rezeki cara lain. Saya reda,"katanya.

Viral Gambar Terduduk Atas Bumbung Teksi, Wanita Itu KONGSI Kejadian Ajaib Yang Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.