Wednesday, November 9, 2016

Viral Gambar Murid Tahun Empat Terima Lebih 50 Jahitan Terkena Bucu Meja, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

Kajang: Seorang murid darjah empat menerima lebih 50 jahitan apabila bibir dan pipi kirinya terkoyak akibat terjatuh sebelum mengenai tombol pintu dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Taman Kajang Jaya, di sini, khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Mohd Haziq Mohammad Nazi, 10, dikatakan terjatuh ketika sedang bermain dengan rakannya di sebuah dewan di sekolah terbabit.

Menurut ibunya, Zamila Basir, 34, dia difahamkan sewaktu kejadian semua murid sekolah terbabit ke dewan untuk sembahyang Asar.


Katanya, anak sulangnya itu memaklumkan dia terjatuh selepas ditolak dari belakang ketika sedang bermain berdekatan pintu dewan bersama rakannya.
“Kejadian menyebabkan kaki anak saya tersadung sebelum jatuh mengenai tombol pintu.
“Pihak sekolah menghantar anak saya ke Hospital Kajang dan memaklumkan kejadian kepada saya.
“Haziq menerima lebih 50 jahitan di bahagian luar dan dalam selepas bibir serta pipi terkoyak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kejadian itu menjadi viral apabila gambar anaknya terkoyak di bahagian mulut disebabkan terkena bucu meja dan kejadian itu.

Bagaimanapun, viral itu memaklumkan kejadian terbabit berlaku di Duyong, Melaka dan perkara itu dinafikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka.

Viral Gambar Murid Tahun Empat Terima Lebih 50 Jahitan Terkena Bucu Meja, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.