Sunday, November 6, 2016

Viral Budak Hilang 7 Hari Lalu Ditemui Selamat, Ini Kejadian SEBENAR Yang Berlaku!

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang hilang pada 31 Oktober lalu menjadi viral di laman sosial telah ditemui selamat oleh remaja di sebuah perhentian bas di Ampang. 

Menurut bapa kepada Noor Ayril Aqasha, Noor Shahril menjelaskan beliau sangat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan keselamatan anaknya itu. 

"Alhamdulillah syukur kepada Allah, lega hati saya bila dapat panggilan dari bekas isteri kira-kira jam 11 malam tadi mengatakan Ayril sudah ditemui. 
"Saya difahamkan Ayril mengikut sebuah keluarga ke sebuah pasar raya sebelum terpisah daripada keluarga berkenaan menyebabkannya hilang arah, namun saya belum dapat bertanya lanjut bagaimana dia boleh mengikut keluarga berkenaan kerana Ayril masih dalam keadaan lemah," katanya.
ARTIKEL MENARIK: PESANAN TERAKHIR Isteri Kepada Jalaluddin Hassan Dan Anak-Anak Sebelum Meninggal Dunia Bikin SEBAK!

Katanya, selepas Ayril ditemui remaja berkenaan yang berbaju warna hitam, dia dibawa pulang ke rumah keluarga remaja itu di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri sebelum diberikan makanan dan membersihkan dirinya. 
"Remaja itu kemudian menghubungi nombor telefon bekas isteri saya yang mungkin diperoleh melalui mesej yang tersebar di media sosial. 
"Kebetulan adik kepada remaja yang menemui anak saya adalah rakan Ayril, mungkin dia memang mengenali Ayril selain melalui sebaran media yang meluas," katanya.
Terdahulu, berita kehilangan Ayril tersebar meluas di media sosial selepas ibunya menyebarkan mesej tentang kehilangan anaknya itu dan memohon bantuan orang ramai mencarinya. 

Apapun, syukur semuanya selamat. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berikan perhatian kepada anak-anak anda. 


Viral Budak Hilang 7 Hari Lalu Ditemui Selamat, Ini Kejadian SEBENAR Yang Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.