Wednesday, November 2, 2016

[VIDEO] Ibu Biarkan Kakak ‘Buli’ Adik Cetus Kemarahan Ramai

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial dengan sebuah video memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan ‘membuli’ adiknya. Meskipun video tersebut dimuatnaik pada 30 April lalu namun sehingga ke hari ini ia mengundang pelbagai persepsi berbaur dalam kalangan pengguna laman sosial yang mengecam tindakan wanita itu.

Dalam video berdurasi 1.05 minit itu, kanak-kanak perempuan tersebut duduk di atas adiknya yang sedang merangkak.

Bayi tersebut terus menangis apabila kakaknya tidak berhenti menghempapnya walaupun dia cuba melepaskan diri.


Terdapat satu suara yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu merakam gelagat mereka dengan gelak ketawa.
“Tunggulah adik kamu dah besar, kamu tunggu adik kamu belasah kamu,” kata wanita itu yang tidak melakukan sebarang tindakan sebaliknya terus merakam perbuatan itu.
Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya mengarahkan kanak-kanak itu bangun dengan menyatakan tindakannya itu menyakitkan adiknya.

ARTIKEL MENARIK:- [VIDEO] Adegan Pengantin Cuba Dibo9elkan Tetamu Undang Kemarahan Ramai

Wanita tersebut menganggap hal seperti itu seperti sesuatu yang melucukan namun netizen mengecam tindakannya kerana perbuatan itu boleh membahayakan nyawa anaknya sendiri.

Netizen menganggap tindakan perakam adalah tidak wajar kerana membiarkan kejadian tersebut berlaku tanpa mengambil tindakan sepatutnya.

Video tersebut menjadi viral di media sosial dengan dikongsi lebih 10,450 kali dan ditonton lebih 864,614 netizen.

Ada netizen yang bimbang dengan kejadian itu kerana boleh menyebabkan kecederaan patah pinggang apabila kanak-kanak perempuan itu berterusan melompat di belakang adiknya.

Yang berlalu, biarkanlah berlalu. Semoga dijadikan pengajaran buat semua dan ibu kepada anak ini. Sebagai orang luar, janganlah kita terus menghukum beliau dengan melemparkan segala tohmahan yang tidak sepatutnya.  


Ni LA buas ank mama buli adek ny.x ada kje lain da.
Posted by Noor Asma on Saturday, April 30, 2016

[VIDEO] Ibu Biarkan Kakak ‘Buli’ Adik Cetus Kemarahan Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.