Wednesday, November 9, 2016

[VIDEO] Anak 'DIDENDA' Duduk Atas Tar Undang Tidak Puas Hati Ibu Bapa

Sejak semalam, menjadi viral di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr.Ismail, didenda duduk atas jalan tar gara-gara datang lewat ke sekolah.

Perkara itu nyata mengundang rasa tidak puas hati netizen khususnya dari golongan ibu bapa yang merasa tidak wajar pihak sekolah memberikan denda sedemikian kepada pelajar-pelajar mereka.


Menurut Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, sepatutnya pengetua harus mempunyai budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
“Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya
Tambahannya lagi, beliau menyatakan tindakan itu adalah agak keras dan tidak wajar dilakukan disebabkan pelajar seharunya diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.

ARTIKEL MENARIK:- [VIDEO] Adegan Pengantin Cuba Dibo9elkan Tetamu Undang Kemarahan Ramai

Seorang waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.”
“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.”

“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.

Sementara itu, menurut Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan ketika dihubungi pula memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.

Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr. Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.
“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi,” katanya. 

[VIDEO] Anak 'DIDENDA' Duduk Atas Tar Undang Tidak Puas Hati Ibu Bapa Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.