Monday, November 14, 2016

UNDANG PADAH Apabila Peragut Maut Selepas Meragut Budak, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!!

JOHOR BHARU: Satu kejadian mengejutkan apabila peragut yang cuba melarikan diri maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan kereta di persimpangan jalan berhampiran Eco World di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, 5.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun dan penunggang motosikal terbabit berusia 19 tahun sebelum itu menghampiri dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jalan Bacang 12, Taman Kota Masai.


Suspek bertanya di mana arah Jalan Bacang 10, Taman Kota Masai dan seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di dalam tangannya.

"Tanpa diduga pembonceng merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan ada orang yang nampak kejadian terbabit terus mengejar kedua dua suspek berkenaan," katanya.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar kereta yang keluar dari Eco World.

Katanya, suspek maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala penunggang motosikal terbabit patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan IsmaiI (HSI).


UNDANG PADAH Apabila Peragut Maut Selepas Meragut Budak, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.