Tuesday, November 15, 2016

TAKZIAH! Ustaz Ishak Din Meninggal Dunia, PUNCA SEBENAR Didedahkan

Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din dilaporkan telah meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 6.05 petang semalam.


Berita pemegian Ustaz Ishak telah dimuatnaik menerusi laman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official).
"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi. 
"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," katanya.

Allahyarham Ustaz Ishak dikatakan telah menjalani satu pembedahan jantung di IJN pada Jumaat lalu, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot petang semalam. 

Takziah diucapkan! Semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~

TAKZIAH! Ustaz Ishak Din Meninggal Dunia, PUNCA SEBENAR Didedahkan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.