Monday, November 14, 2016

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kongsi VIDEO Perkembangan Terbaru Kandungan Sulung

Bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi, pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam turut berkongsi kegembiraan mereka dengan peminat dengan memuat naik video yang memaparkan visual janin yang kini mencecah usia tiga bulan ketika mereka menjalani pemeriksaan bulanan, baru-baru ini.


Dalam rakaman yang sama, perbualan antara pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sha & Shah itu bersama Doktor turut dimuatkan untuk peminat pasangan itu.
"Bismillah... Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak terhingga ini Ya Allah. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.. Insya-Allah.. amin,"


Tahniah diucapkan kepada Shaheizy dan Syatilla. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat menjaga kandungan sebaiknya memandangkan ianya masih awal. Pastinya ramai peminat tak sabar menunggu kelahiran bayi pertama kedua pasangan ini.

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kongsi VIDEO Perkembangan Terbaru Kandungan Sulung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.