Tuesday, November 8, 2016

Sering Dikutuk Tidak Layak Jadi Bintang GV3, Ini Komen Intan Sarafina MENGEJUTKAN!

Penyanyi Intan Sarafina mengakui sedar ada segelintir pihak dalam industri yang tidak senang dan masih mempertikaikan kemampuannya dalam program Gegar Vaganza 3 (GV3).

Intan atau nama sebenarnya Intan Sarafina Ungku Yahya, 35 menjelaskan perkara itu membuatkan dia rasa tercabar untuk membuktikan kemampuan sebenarnya dalam pertandingan yang kini sudah memasuki minggu keempat.

Sering Dikutuk Tidak Layak Jadi Bintang GV3, Ini Komen Intan Sarafina MENGEJUTKAN!
"Tekanan itu memang sangat hebat kerana saya tahu ramai orang tidak suka saya dan tuduh saya ambil tempat Maya serta mempertikaikan kemampuan saya untuk menyanyi.
"Mereka ingin lihat saya terkeluar pada setiap minggu tapi saya cabar diri saya untuk terus berikan persembahan terbaik walaupun saya antara peserta underdog dalam program ini," ujarnya.
ARTIKEL MENARIK: Dek Komen 'Pedas' Tentang Penyingkiran Elly Mazlein, Ogy Ahmad Daud Bidas Kritikan Netizen Bikin SENTAP!!

Sering Dikutuk Tidak Layak Jadi Bintang GV3, Ini Komen Intan Sarafina MENGEJUTKAN!

Sementara itu, Intan menjelaskan hubungannya dengan penyanyi Maya tidak mempunyai sebarang masalah.
"Saya tidak tahu siapa yang bercakap tentang perkara ini tidak tahu perkara sebenar. Saya dengan Maya baik-baik sahaja dan kami baharu selesai sertai sebuah program bersama.
"Saya juga sedih Maya tidak dapat sertai program ini dan mungkin belum rezeki dia tahun ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Intan berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan fokus untuk persembahan pada minggu hadapan.
"Saya tidak kisah kalau orang tidak suka, sekarang saya hanya fikir positif dan ingin beri perbaiki lagi persembahan saya setiap minggu," ujarnya.
Sering Dikutuk Tidak Layak Jadi Bintang GV3, Ini Komen Intan Sarafina MENGEJUTKAN!

Sering Dikutuk Tidak Layak Jadi Bintang GV3, Ini Komen Intan Sarafina MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.