Tuesday, November 8, 2016

Selepas Penjual Teh Kacak Cetus Perhatian, Kini Kejelitaan Gadis Penjual Sayur Pula Jadi Viral

Selepas terdahulu seorang penjual teh bernama Arshad Khan mendapat perhatian netizen gara-gara wajahnya yang tampan dan kacak, kini giliran seorang penjual sayur pula untuk mencipta nama.

Penjual sayur tersebut, Kusum Shrestha, 18 menarik perhatian laman sosial selepas gambarnya sedang menjual sayur dimuat naik.


Beberapa gambar lain ketika beliau berjalan membawa epal juga telah dimuatnaik dengan hashtag #Sabjiwali dan #Tarkariwali yang bermaksud 'penjual sayur'.

Kusum memberitahu BBC beliau merupakan seorang pelajar yang kini sedang bercuti dan menolong ibu bapanya menjual sayur dan buah.
"Kawan saya tanya adakah saya individu yang viral di laman sosial, saya kata tak tahu," kata Kusum.

Kusum berkata, kawannya kemudian menunjukkan gambar-gambar yang viral tersebut kepadanya.
"Saya terkejut individu itu adalah saya. Hari gambar diambil, saya sedang tolong keluarga saya jual sayur ketika jurugambar, RupChandra mengambil gambar saya. Tapi ketika itu, saya tidak tahu gambar saya sedang diambil," jelas Kusum.

Warga laman sosial memuji-muji kecantikan Kusum dan mengusik beliau patut menjadi pasangan penjual teh kacak, Arshad yang berasal dari Pakistan.

Arshad pula menarik perhatian laman sosial selepas jurugambar, Jiah Ali memuat naik gambarnya yang sedang membuat teh di laman sosial, Oktober lepas.

Selepas Penjual Teh Kacak Cetus Perhatian, Kini Kejelitaan Gadis Penjual Sayur Pula Jadi Viral Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.