Wednesday, November 2, 2016

Selaput Mata Kiri Terkoyak, Saharul Ridzwan DEDAH Punca Sebenar!

Gara-gara memakai kanta lekap lebih 12 jam, selaput mata kiri pelakon Saharul Ridzwan terkoyak, Sabtu lalu. 


Menurut Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, ekoran insiden berkenaan matanya turut mengalami luka kecil dan kini terpaksa menjalani rawatan selama seminggu. 
"Biasalah lelaki, kadang-kadang tidak peka dengan perkara kecil seperti ini. Baru-baru ini, saya menjalani penggambaran hingga ke malam dan pada masa sama memakai kanta lekap melebihi 12 jam. 
"Apabila mahu membukanya, ia agak sukar sehingga menimbulkan rasa pedih dan gatal-gatal. "Tak sangka pula apabila mendapat rawatan doktor, rupa-rupanya selaput mata saya terkoyak dan ada luka kecil di situ," katanya.
ARTIKEL MENARIK:- Gambar Terkini Anak & Isteri Baddrol Bakhtiar, Pemain Bola Sepak Kedah Yang Jarang Dilihat... COMEL!!!


Tambah Saharul, beliau turut dimarahi doktor gara-gara tidak menjaga matanya kerana penggunaan kanta lekap melebihi 12 jam boleh merosakkan mata. 

Kata Saharul lagi, insiden itu bukanlah julung kali dialaminya kerana beliau pernah melalui masalah serupa, lima tahun lalu, pada bahagian mata yang sama. 
"Buat masa ini, doktor memberikan ubat kebas yang perlu dititik pada mata setiap enam jam. Apapun, mujurlah ia tidak mengganggu jadual penggambaran saya," ujarnya.

Selaput Mata Kiri Terkoyak, Saharul Ridzwan DEDAH Punca Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.