Saturday, November 5, 2016

Sejak Luah Perasaan Di Facebook, Ini Tindakan Suami Nora MENGEJUTKAN!

Ketika baru sahaja memulakan penyertaan di Gegar Vaganza 3 (GV3), baru-baru ini penyanyi Nora telah meluahkan perasaan kesal terhadap sikap suaminya di laman Facebook yang mencetuskan perhatian netizen. 

Status beliau yang mengatakan bahawa suaminya yang juga merupakan komposer terkenal, Johan Nawawi terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak mempunyai masa atau memberikan perhatian kepada usahanya di pertandingan GV3.

Sejak Luah Perasaan Di Facebook, Ini Tindakan Suami Nora MENGEJUTKAN!

Susulan itu, Nora mendedahkan bahawa suaminya itu mula mengambil berat penyertaannya dalam program GV3. Malah, Johan mula bertanyakan mengenai perkembangan latihan nyanyian selain membuat kejutan dengan memberi sejambak bunga pada persembahan konsert minggu kedua. 
"Saya berasa terharu kerana sudah lama suami tidak menghadiahkan bunga sebelum sesuatu persembahan. Kini dia juga menunjukkan sikap ambil peduli setiap perkembangan saya di dalam GV3 dengan bertanyakan bermacam perkara terutama persiapan konsert. 
"Sikap dan sokongannya menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus bekerja keras bagi menyajikan persembahan terbaik di pentas mingguan GV3," katanya kepada BH Online.
Sejak Luah Perasaan Di Facebook, Ini Tindakan Suami Nora MENGEJUTKAN!

ARTIKEL MENARIK: Isteri Terima Mesej Dari Ex GF Suami, Ini Jawapan Balas Paling WIN Bikin TERKEDU!

Terdahulu, Nora pernah dikecam netizen gara-gara status tersebut dikatakan ingin memalukan suami sendiri. Tetapi bagi Nora, tidak salah untuk meluahkan perasaan dia demi raih perhatian suami sendiri. 
"Saya seorang wanita biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Bagi saya ia sekadar luahan daripada seorang isteri kepada suami. Sudah tentu saya tidak akan sesekali mengaibkan insan tercinta.
"Tidak mengapa, saya mengambil setiap komen masyarakat luar secara positif. Yang penting, Alhamdulillah, Johan mula menyedari dan faham apa yang dimaksudkan menerusi status itu," katanya lagi.
Sejak Luah Perasaan Di Facebook, Ini Tindakan Suami Nora MENGEJUTKAN!


Sejak Luah Perasaan Di Facebook, Ini Tindakan Suami Nora MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.