Sunday, November 6, 2016

Rumah Tangga Goyang, Ini Komen Diana Danielle Cetus Tanda Tanya!

Jika dilihat pasangan Diana Danielle dan juga Farid Kamil begitu bahagia sekali apatah lagi dengan kehadiran kedua cahaya mata pengikat hubungan kekeluargaan. Namun baru-baru ini rumah tangga mereka dikatakan goyang apabila Diana dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu. Bagaimanapun, Diana ketika ditanya berhubung perkara itu enggan menyatakan sebabnya.
“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” katanya.

Sementara itu, Diana yang sebelum ini pernah menghilangkan diri dari dunia seni selepas berkahwin dengan pelakon dan pengarah terbabit dilihat mula aktif menghadiri acara hiburan akhir-akhir ini sehingga menimbulkan persoalan dan spekulasi mengenai status perkahwinan mereka. Apakah Diana kembali ke dunia hiburan sebagai persediaan jika perkahwinannya berakhir.



Walaupun masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya, rumah tangga Diana dan Farid dikatakan sudah bergolak sejak beberapa bulan lalu lagi. Dalam masa yang sama, Diana juga mengakui bahawa setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Perselisihan berpanjangan juga dikatakan mendorong Diana untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah.


Untuk info, Diana Danielle dan Farid Kamil telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad yang berusia 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia setahun. Apapun benar setiap perkahwinan ada pasang surutnya, diharap apa pun jua masalah yang sedang dihadapi mereka dapat selesaikan dengan cara baik. 


Rumah Tangga Goyang, Ini Komen Diana Danielle Cetus Tanda Tanya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.