Wednesday, November 2, 2016

Penumpang Kongsi Detik CEMAS Apabila Tayar Pesawat AirAsia Tergelincir

KOTA BHARU - Para penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa ke Kuala Lumpur, gempar apabila dipercayai tayar penerbangan itu tergelincir di bahu landasan di sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika pesawat AK6443 membuat pusingan U di hujung landasan itu sebelum  tergelincir dan menyebabkan tayar depan dan belakang bahagian kiri pesawat terbenam dalam tanah.

Pesawat itu dijangka berlepas kira-kira jam 9.55 malam tadi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Akibat kejadian itu penerbangan terpaksa ditangguhkan dan kerja-kerja mengeluarkan tayar tersebut giat dijalankan oleh petugas lapangan terbang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.25 malam selepas berlepas kira-kira 9.55 malam.


Seorang penumpang, Ghani Mohamad,62, berkata, dia dikejutkan dengan gegaran cukup kuat ketika pesawat berkenaan sedang membuat pusingan U di landasan tersebut untuk berlepas ke Kuala Lumpur.


Ghani berkata pada masa itu, pesawat berkenaan dilihat berusaha untuk mengeluarkan tayar daripada dalam tanah tersebut namum gagal.
"Ketika itu bunyi sangat bising dalam pesawat dan kami tidak tahu apa yang berlaku pada awalnya sehingga dimaklumkan mengenai kejadian oleh anak kapal setengah jam kemudian.
"Kami kemudian di bawa keluar dari landasan untuk menunggu di kawasan terminal.
"Mujurlah kami diberitahu awal. Memang agak berdebar namun tindakan pantas kakitangan penerbangan dan lapangan terbang berjaya menenangkan keadaan," katanya.
Beliau berkata,melihat pada keadaan itu, kerja-kerja mengeluarkan tayar itu memerlukan masa yang lama," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pihak pengurusan LTSIP namun gagal dihubungi.

Penumpang Kongsi Detik CEMAS Apabila Tayar Pesawat AirAsia Tergelincir Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.