Thursday, November 3, 2016

Pendedahan Sebenar Di Sebalik Viral Gambar Perempuan Cantik Di LUAR JANGKAAN Ramai!

Mempunyai kulit seputih salji, mata lebar seperti boneka, tubuh langsing bagaikan model, semua wanita pasti iri hati melihat kecantikan Yoshi. Bagi yang tidak mengetahui, mungkin akan menganggap individu dalam gambar ini adalah seorang wanita namun sebaliknya. Untuk makluman, Yoshi merupakan seorang lelaki dari Thailand yang sangat terkenal dan digelar sebagai salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.


Beberapa hari lalu, media dari Thailand telah memaklumkan bahawa Yoshi telah dikategorikan dalam kalangan lelaki paling cantik di Thailand maka tidak perlu hairan sekiranya gambar-gambar Yoshi terus tersebar di laman sosial.


Menurut Yoshi, dia belum pernah melakukan sebarang pembedahan menukar jantina namun hanya melakukan sedikit perubahan pada bahagian bibirnya sahaja.

Tambah Yoshi lagi, sejak kecil dia membesar dalam persekitaran yang dipenuhi kanak-kanak perempuan dan yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan. Ketika ditanya adakah dia akan mengubah jantinanya, Yoshi memaklumkan semuanya bergantung kepada cara hidupnya di masa akan datang.








Pendedahan Sebenar Di Sebalik Viral Gambar Perempuan Cantik Di LUAR JANGKAAN Ramai! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.